-->

WARNA

2.1 Jenis-jenis Warna
Warna dapat digolongkan kepada tiga jenis,iaitu:
(a) warna utama
(b) warna sekunder
(c) warna tertier

Warna utama
1.Warna utama ialah warna asas.
2.Warna ini tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna-warna lain.
3. Warna-warna utama ialah biru,kuning dan merah.

Warna utama:


Warna sekunder
1.warna sekunder diperolehi dengan mencampurkan dua warna utama.
2.Campuran warna-warna itu adalah seperti yang berikut:
(a) Biru + Kuning = Hijau
(b) Merah + Biru =Ungu
(c) Kuning + Merah = Jingga
Warna tertier:
1.Warna tertier ialah campuran dua warna yang bersebelahan dalam roda warna,iaitu satu warna utama dan satu warna sekunder.
2.Campuran warna-warna tersebut adalah seperti yang berikut:
(a) Hijau + Kuning=Hijau kuning
(b) Biru + Hijau = Biru hijau
(c) Biru + Ungu = Biru ungu
(d) Merah+ Ungu = Merah ungu
(e) Merah + Jingga = Merah jingga
(f) Kuning + Jingga = Kuning jingga
2.2 Nilai Warna
Terdapat dua jenis nilai warna, iaitu:
(a) Ton
(b) Kroma

Ton:
1.Ton ialah nilai pancaran warna pada sesuatu obek yang menghasilkan bahagian-bahagian yang gelap dan cerah.
2.Ton cerah dapat dihasilkan dengan mencampurkan warna putih atau kuning kepada satu warna dalam nisbah yang berlainan secara berperingkat-peringkat.
3.Warna putih dan kuning boleh digunakan untuk menghasilkan ton cerah kerana kedua-dua warna ini mempunyai nilai warna yang gelap dan digunakan untuk menghasilkan ton yang gelap.

Warna Campuran

No comments: