-->

GARISAN

1.1 Jenis -jenis Garisan 
1. Terdapat pelbagai jenis garisan yang dapat digunakan untuk menghasilkan berbagai- bagai gambaran.
2.Jenis - jenis garisan adalah seperti garisan tebal,nipis,berbulu,berputus -putus,kasar,bergerigi,berserabut,
    bergetar,beralun,beranyam,berlingkar,berduri dan sebagainya.

1.2 Garisan Di Alam Sekeliling
1.Garisan yang terdapat di dalam sekeliling dapat digolongkan kepada dua kumpulan,iaitu:
(a) garisan pada denda alam
(b) gatisan pada benda buatan manusia

Garisan pada benda alam
1.Benda alam ialah sebarang objek atau hidupan yang wujud di alam semula jadi.
2. Terdapat banyak benda alam semula jadi yang mempunyai unsur garisan,umpamanya batang pokok,akar pokok,kulit siput,kulit buah-buahan,kepak serangga dan sebagainya.
3.Garisan-garisan yang terdapat pada benda alam ini juga terdiri daripada pelbagai jenis.Misalnya,batang pokok bergarisan kasar,manakala akar pokok pula bergarisan halus.

1.3 Menghasilkan Garisan Dengan Pelbagai Teknik
Kesan garisan yang berlainan dapat diperolehi melalui pelbagai teknik,seperti yang berikut:
(a) Teknik gosokan
(b) Teknik kolaj
(c) Teknik anyaman

Teknik gosokan
1. Gosokan ialah teknik menghasilkan kesan-kesan atau tanda-tanda dari suatu permukaan bercorak ke atas
    kertas.
2.Tekapkan sekeping kertas nipis pada permukaan objek yang bercorak dan gunakan pensel atau krayon
   untuk menggosok pada permukaan tersebut.Corak yang terdapat pada permukaan objek itu akan
   dipindahkan ke atas kertas itu.

Teknik Kolaj
1. Kolaj ialah satu gubahan yang dihasilkan dengan mengoyak, menggunting dan menampal kertas-
    kertas,kain atau lain-lain bahan pada suatu permukaan.
2.Garisan yang hendak dihasilkan melalui teknik kolaj bergantung kepada jenis bahan yang digunakan.
3.Garisan berbulu diperolehi daripada bahan seperti kain guni manakala garisan nipis dihasilkan daripada tali
   yang halus.
4.Untuk menghasilkan garisan-garisan daripada teknik kolaj,kumpulan beberapa bahan seperti jalur-jalur
   kertas,kasa dawai,tali jerami,benang,kayu mancis dan dawai.kemudian tampalkan bahan-bahan tersebut di
   atas sekeping papan lapis untuk menghasilkan satu gubahan.

Teknik anyaman
1.Anyaman ialah seni menjalin jalur-jalur daun,buluh atau kertas secara berselang-seli untuk menghasilkan
   berbagai-bagai jenis corak.
2.Garisan berputus-putus atau bergerigi dapat dihasilkan dengan cara anyaman.
3.Garisan berputus-putus boleh didapati pada kelarai mata bilis dan kelarai beras patah.Garisan bergerigi
   pula boleh didapati pada kelarai siku keluang.


1.4 Menghasilkan Garisan Dengan Pelbagai Bahan
1.Pelbagai jenis garisan dapat dihasilkan dengan menggunakan alat-alat lukis tertentu.
2.Umpamanya garisan nipis dapat dihasilkan dengan pena teknikal dan garisan tebal pula dapat dengan berus.
3.Contoh alat-alat lukis lain yang dapat digunakan untuk menghasilkan garisan ialah pena biasa,pena peta,pena skrip,pena teknikal,pensel 2B,pensel 5B,berus cat air,berus Cina,arang dan sebagainya.


Garisan untuk menghasilkan ton:
1.Garisan-garisan yang disusun dalam pelbagai gaya dan pada jarak yang berlainan dapat menimbulkan kesan ton.
2.Garisan yang disusun rapat-rapat menghasilkan ton gelap,manakala garisan yang disusun jarang-jarang menghasilkan ton cerah.
3.Ketebalan garisan yang berbeza-beza juga dapat menimbulkan kesan ton.
4.Garisan yang tebal menghasilkan ton yang gelap dan garisan nipis menghasilkan ton yang cerah.

Garisan untuk menimbulkan bentuk
1.Susunan garisan dalam pelbagai gaya dapat menimbulkan bentuk pada sesuatu objek.
2.Bagi objek-objek yang mempunyai permukaan yang rata,garisan-garisan menegak,melintang atau menyerong digunakan.
3.Garisan melengkung digunakan untuk objek-objek yang mempunyai permukaan yang bulat seperti bulatan,kon,silinder dan sebagainya.

                                                      Garisan-garisan menimbulkan bentuk
Garisan untuk mencipta ruang
1.Garisan yang tebal dan nipis serta panjang dan pendek dapat digunakan untuk menghasilkan ruang dan jarak dalam menggambar.
2.Garisan yang tebal dan panjang menunjukkan jarak yang dekat,manakala garisan  yang nipis dan pendek pula menunjukkan jarak yang jauh.
Garisan untuk menimbulkan jalinan
1.Jalinan dalam lukisan dapat dihasilkan dengan menggunakan garisan yang berserabut,bergerigi,berbintik-bintik dan halus.
2.Garisan-garisan tersebut menjadikan sesebuah lukisan kelihatan lebih menarik dan realistik,sebagaimana yang digambarkan dalam lukisan-lukisan di bawah.


   Lukisan Dengan Satu Garisan 1

Lukisan Dengan Satu Garisan 2

No comments: