-->

JALINAN


Jalinan
Permukaankulit tumbuh-tumbuhan,manusia,haiwan dan objek-objek alam yang lain mahupun barang buatan manusia mempunyai jalinan.
Jalinan ialah susunan kesan-kesan kasar atau halus yang terdapat pada permukaan sesuatu objek.

3.1 Jenis-jenis Jalinan
Jalinan dapat dibahagikan kepada dua jenis,iaitu:
(a) jalinan sentuh
(b) jalinan tampak

Jalinan sentuh
1.Jalinan sentuh ialah jenis jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan jari.
2.Contoh jalinan sentuh ialah jalinan oada kulit pokok,tikar,kulit limau,tayar kereta,kulit kura-kura,daun,telur dan lain-lain lagi.

Jalinan tampak
1. Jalinan tampak ialah jenis jalinan yang tidak dapat dirasai melalui sentuhan tetapi hanya dapat dilihat dengan mata.
2. Contoh jalinan tampak ialah seperti corak kain,kertas pembalut hadiah,kertas dinding,capan,sayap rama-rama,corak pualaman,kulit tembikai,jalinan ira kayu dan sebagainya.

3.2 Mengkaji bentuk-bentuk jalinan
1.Tersdapat bermacam-macam bentuk jalinan di alam sekeliling kita.
2. Setiap bentuk jalinan dapat dikaji dengan mengumpul contoh-contoh jalinan.
3. Bentuk -bentuk jalinan dapat dikaji dengan mengumpul contoh-contoh jalinan.
4. Contoh jalinan dapat diperolehi melalui teknik-teknik yang berikut:
(a) teknik gosokan
(b) taknik tekan
(c) teknik capan

Teknik gosokan
1. Gosokkan pensel atau alat -alat tulis lain di atas kertas yang ditekapkan pada permukaan yang mempunyai jalinan.
2. Bentuk jalinan akan muncul di atas kertas tersebut.
3.Labelkan kesan-kesan jalinan itu untuk menunjukkan sama ada ia mempunyai permukaan yang kesat,halus,berbiji,berduri,beranyam,berjalin-jalin,bertompok-tompk,rata,licin dan sebagainnya.


Teknik tekan
1. Objek-objek yang mengandungi jalinan seperti kulit kerang atau kulit kayu ditekan pada seleping tanah liat atau plastisin.
2. Kesan bentuk jalinan dapat dilihat pada permukaan tanah liat atau plastisin tersebut.

Taknik capan
1. Bentuk jalinan dapat juga dihasilkan melalui teknik capan.
2. Sapukan cat pada objek tesebut pada sekeping kertas.
4.Cat pada objek tadi akan meninggalkan kesan bentuk jalinan pada kertas tersebut.







No comments: